Visi & Misi
Soalan Lazim
- Super User
- FAQ
User Rating: 0 / 5
Sebarang Pertanyaan
Fax : 09 - 744 1047
Laman web : www.jpkn.kelantan.gov.my
Emel : pertaniankelantan(@)doa.gov.my
Pegawai Penghubung
Nama : Farhan Athir Bin Ismail
No Telefon : 09-7442400
Alamat : PRO
Jabatan Pertanian Kelantan
Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang di-gunakan dalam rumah.
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai aspek yang berkaitan dengan racun makhluk perosak yang mana meliputi: -
i) pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran permit
ii) pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan
iii) pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan persampelan hasil pertanian
iv) menjalankan penyiasatan berkaitan dengan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun makhluk perosak
v) penguatkuasaan undang-undang berkaitan
vi) pengawalan iklan racun makhluk perosak di media massa
vii) pengawalan label racun makhluk perosak melalui Peraturan Perlabelan
viii) pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak.
Sebarang Persoalan
Nama : En Hasril B Iahmad
No Telefon : 09-744 0508
Alamat : Cawangan Racun Perosak
Jabatan Pertanian Kelantan
Anda boleh memohon permit import dengan mengisi borang EP-4A.
Sebarang Soalan
Nama : Rosmaiza Bt Muhamad
No Telefon :
Alamat : Cawangan Biosekuriti
Jabatan Pertanian Kelantan
Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut. Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.
Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).
Sebarang Pertanyaan
Nama : Cik Noor hafizah BT Abd Halim
No Telefon : 09-744 2149
Alamat : Cawangan Hortikultur
Jabatan Pertanian Kelantan
Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah
a) Siasatan lengkap
b) Siasatan separa lengkap
c) Adhoc
Sebarang Pertanyaan
Nama : Pn Arbaeyah Bt. Abd Rashid
No Telefon :
Alamat : Cawangan SOIL
Jabatan Pertanian Kelantan
- Khidmat Nasihat Pertanian
- Latihan Pertanian
- Perundingan dan Pelaburan
- Pembangunan Industri Asas Tani
- Pensijilan Kualiti
- Penguatkuasa Akta-akta Pertanian
- Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit
- Khidmat Sokongan Teknikal
- Agronomi Tanaman
- Perlindungan Tanaman
- Kawalan Racun Perosak
- Pengurusan Tanah
- Kawalan Kualiti Tanaman
- Kejuruteraan Pertanian
Pegawai Penghubung :
Nama : Cik Syuhada
No Telefon :
Alamat : Bahagian Pegembangan dan Perundingan
Jabatan Pertanian Kelantan
Bidang-bidang yang ditawarkan di dalam kursus ini adalah Sejuk Beku, Bakeri, Bakeri dan Sejuk Beku, Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Kelapa) dan Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Buah). Kursus tersebut dijalankan di lima buah Pusat Bimbingan Usahawan iaitu di Serdang, Selangor; di Ayer Hitam, Johor; di Manong, Perak; di Teluk Chengai Kedah dan di Ajil, Terengganu.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengikuti kursus ini adalah peserta mestilah berstatus Warganegara Malaysia dan berumur di antara 20-40 tahun pada tahun kursus yang hendak diikuti, terbuka kepada lelaki atau perempuan yang sihat tubuh badan, mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPVM. Peserta hendaklah sanggup untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan (6 bulan) serta mempunyai minat yang mendalam untuk berkursus dan meneruskan projek selepas tamat kursus.
Tawaran bagi memasuki Pusat Bimbingan Usahawan akan dibuat melalui iklan sama ada di akhbar atau internet dan biasanya dikeluarkan pada bulan September setiap tahun dan sesi kemasukan dibuat pada bulan Mac tahun berikutnya.
Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.
Kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus adalah seperti kemudahan penginapan berserta makan dan minum sepanjang kursus yang ditanggung oleh pihak Jabatan Pertanian. Di samping itu, peserta juga akan diberikan elaun kursus selama enam bulan di samping disediakan kemudahan-kemudahan riadhah untuk keperluan peserta kursus.
Setelah tamat berkursus, lepasan peserta PBU akan didaftarkan sebagai usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Peserta akan diletakkan di bawah pemantauan pegawai yang berkenaan di setiap negeri. Bantuan dan bimbingan dalam bentuk khidmat nasihat akan diberikan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Jabatan Pertanian di peringkat daerah, negeri ataupun Ibu Pejabat. Di samping itu, bantuan galakan perniagaan yang lain seperti pinjaman mesin, peralatan, atau bengkel kepada usahawan yang menjalankan projek turut diberikan. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian.
Maklumat berhubung kursus ini boleh didapati sama ada di Pusat-pusat Bimbingan Usahawan sedia ada, Pejabat-pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Negeri terdekat ataupun Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Putrajaya. Selain itu, tawaran kemasukan juga diiklankan di internet (www.doa.gov.my).
Sebarang Pertanyaan
Nama : Pn Nurazreen Bt. Shamsudin
No Telefon : 09-7442400
Alamat : Bahagian IAT
Jabatan Pertanian Kelantan
Benih padi sah adalah kategori benih padi yang dikeluarkan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ia dibiakkan daripada benih daftar mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan telah mendapat perakuan pematuhan piawaian mutu yang ditentukan. Piawaian mutu yang ditetapkan ialah aspek ketulenan jenis, ketulenan fizikal, tahap percambahan dan peratus kelembapan. Benih daftar pula merupakan benih padi yang dibiakkan daripada benih asas yang diperolehi daripada MARDI. Benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar yang dilantik oleh kerajaan.
Dari sudut nilai penanaman, benih padi sah merupakan kategori benih yang tulen, cergas dan tidak tercemar dengan bahan asing, rumpai dan padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit merbahaya. Ia merupakan kategori benih yang mempunyai potensi yang tinggi untuk tumbuh dengan baik apabila ditanam di ladang.
Kepentingan menggunakan benih padi sah adalah :
- Dapat memastikan tumbesaran tanaman yang seragam;
- Dapat mengelakkan pencemaran benih rumpai berbahaya dan benih padi angin yang boleh menjejaskan tumbesaran pokok padi;
- Dapat menjauhi serangan penyakit berbahaya yang dibawa melalui benih;
- Dapat meningkatkan hasil dengan menggunakan benih tulen daripada varieti yang terpilih;
- Dapat meningkatkan produktiviti dan penjimatan kos operasi di peringkat ladang dengan penggunaan benih bermutu; dan
- Dapat memperolehi kelebihan hasil seperti beras yang sedap dan bermutu.
Varieti padi yang ditawarkan bagi tujuan pengeluaran benih padi sah adalah daripada jenis terpilih dan unggul dari segi prestasi pertumbuhan dan penghasilannya. Ia merupakan baka padi yang dibangunkan oleh MARDI dan telah diisytihar oleh pihak kerajaan untuk tujuan penanaman. Pada masa ini, varieti yang ditawarkan ialah MR211, MR 219, MR220 dan MR 232. Walau bagaimanapun, varieti yang ditawarkan ini akan berubah tertakluk kepada semakan yang dibuat dari masa ke semasa setelah mengambilkira keperluan pesawah dan industri.
Sebarang Pertanyaan
Nama : Mashidah Bt Mahmood
No Telefon :
Alamat : Cawangan PTIF
Jabatan Pertanian Kelantan