Permohonan Permit Cites

CITES ialah Convention on International Trade in Endagered Spesies of Wild Fauna and Flora atau Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam Pupus. Ancaman kepupusan ini boleh berlaku sekiranya perdagangan spesies ini tidak dikawal dan dipantau. Penguatkuasaan spesies ini adalah tertakluk di bawah CITES dan juga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Perdagangan spesies ini dibenarkan dengan pengeluaran dokumen yang berkaitan iaitu permit CITES. Jabatan Pertanian melalui Bahagian Biosekuriti Tumbuhan merupakan Pihak Berkuasa Pengurusan (MA) yang bertanggungjawab bagi pengeluaran permit CITES untuk tumbuhan daratan dan air tawar (kecuali kayu).

Bagaimanakah Permohonan Permit Boleh Di Buat

Mulai tahun 2016, Permohonan Permit CITES perlu dibuat secara dalam talian di http://myphyto.gov.my. Permohonan perlu dibuat dua (2) hari sebelum tarikh pemeriksaan konsainan dan boleh dihantar kepada mana-mana Pejabat Pengeluar CITES, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian berikut :

  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru, Johor
  • Butterworth, Pulau Pinang
  • KLIA, Sepang, Selangor
  • Cameron Highlands, Pahang