UNGU   BIRU   HIJAU      
A- A A+
faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Piagam Pelanggan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

1.Khidmat Perundingan dan Nasihat Teknikal
     A. Khidmat Pengembangan & Perundingan Pertanian
       i. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
 
     B. Maklumbalas Permohonan Projek
       i. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
 
     C. Khidmat kepakaran data geospatial dan kesesuaian tanah dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 14 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan dan bayaran.
       ii. Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 14 hari termasuk pembayaran fi.
 
2. Khidmat Analisis Pertanian
 
     A. Khidmat kepakaran analisis makmal akan diberi dalam tempoh hari bekerja bagi analisis seperti berikut bermula daripada tarikh sampel diterima :
 
    Tanah
       i. Proses pengeringan, penghancuran dan pengasingan sampel tanah basah bersaiz 10 mesh dan 60 mesh, dalam tempoh 20 hari bekerja sebanyak 80 sampel (maksimum).
       ii. Analisis ringkas tanah (pH dan konduktiviti) maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari.
       iii. Analisis separa lengkap tanah (pH, konduktiviti, Al, Fe, P, Ca, Mg, K, Na, C, N, S dan CEC) maksimum 50 sampel dalam tempoh 10 hari.
       iv. Analisis lengkap tanah (16 parameter analisis kimia dan fizik) maksimum 30 sampel dalam tempoh 12 hari.
 
    Daun
       i. Proses pengeringan dan pengisaran sampel daun basah dalam tempoh 5 hari bekerja sebanyak 20 sampel (maksimum).
       ii. Analisis daun bagi sampel yang telah siap diproses maksimum 20 sampel dalam tempoh 7 hari.
 
    Baja
       i. Analisis baja ringkas (pH, conductivity & total N) maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari.
       ii. Analisis baja lengkap (N, P, K, Mg, Ca, B, Zn, Cu, heavy metal, organic metal) maksimum 50 sampel (pengisaran sampel, pencernaan sampel, bacaan dan pelaporan) dalam tempoh 7 hari.
 
    Air
       i. Analisis air (heavy metal, pH & conductivity) maksimum 30 sampel dalam tempoh 5 hari.
 
    Logam Berat
       i. Analisis logam berat bagi hasil pertanian maksimum 25 sampel dalam tempoh 7 hari.
 
    Residu Racun Perosak
       i. Analisis residu racun perosak (75 perawis aktif) bagi 10 sampel hasil pertanian untuk tujuan eksport dalam tempoh 10 hari.
 
  ** Kesemua sampel yang melebihi had maksimum akan dianalisis bermula pada 5-20 hari berikutnya dalam tempoh yang sama bagi setiap analisis seperti yang ditetapkan.
 
     B. Khidmat kepakaran diagnostik tanaman dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 5 hari.
       ii. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 10 hari.
       iii. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 20 hari.
 
3. Khidmat Regulatori
 
     A. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Kelulusan permohonan pengimportan bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 40 hari.
       ii. Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
 
     B. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Penilaian data toksikologi, perumusan, residu, kemujarapan dan analisis makmal serta label untuk tujuan pendaftaran baru racun makhluk perosak dalam tempoh 90 hari
       ii. Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
       iii. Lesen pengendali kawalan makhluk perosak (PCO) dalam tempoh 14 hari.
       iv. Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
       v. Pengiklanan racun makhluk perosak (secara fast track) di semua media cetak dalam tempoh 10 hari.
       vi. Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari.
 
     C. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 : Kelulusan Hak Pembiak Baka, mengikut kaedah pemeriksaan yang ditetapkan, akan diselesaikan dalam tempoh bermula dari Tarikh Pemfailan sehingga perakuan Lembaga Varieti Tumbuhan mengikut jenis tanaman seperti berikut :
       i. Bagi permohonan diuji dengan kaedah ‘Pemeriksaan di Tapak’ atau ‘Ujian Penanaman’ :
         - Tanaman singkat masa adalah dalam tempoh 3 tahun atau;
         - Tanaman buah-buahan adalah dalam tempoh 5 tahun atau;
         - Tanaman jangka masa panjang adalah dalam tempoh 10 tahun.
 
       ii. Bagi permohonan diuji dengan kaedah Pemeriksaan dokumen : dalam tempoh 2 tahun (dengan syarat Laporan Luar Negara telah diperolehi).
 
     D. Penilaian dan pengesyoran bagi permohonan kelulusan kuota import bagi kobis bulat dan kelapa tua biji akan dijalankan dalam tempoh 60 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
 
4. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
 
     A. Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan dan dokumen yang lengkap seperti berikut :
       i. Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) dalam tempoh 90 hari.
       ii. Pensijilan myOrganic (Malaysian Organic) dalam tempoh 3 tahun.
 
     B. Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari.
 
     C. Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut :
       i. Analisis ujian kualiti benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 14 hari.
       ii. Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 14 hari.
 
5. Aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima aduan.

** Tempoh masa merujuk kepada bilangan hari bekerja


** Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Kemaskini Terakhir :Sunday 19 March 2023, 08:27:11.

Paparan terbaik menggunakan versi terkini Google Chrome dan Mozilla Firefox

© Hakcipta Terpelihara 2019

Please publish modules in offcanvas position.

Statistik Tanaman Mengikut Kategori Untuk Dalam Projek dan Luar Projek Bagi Negeri Kelantan