Harumanis Terus Di Perkasa
05 May 2025
Komitmen memperkukuh pembangunan industri buah-buahan bernilai tinggi di Kelantan terus diperkasakan apabila Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, turun padang menyertai Program Penanaman Harumanis bersama warga Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.
Program ini merupakan inisiatif Jabatan dalam mewujudkan petak demonstrasi tanaman Harumanis sebagai platform mempamerkan amalan pertanian terbaik, teknologi penanaman yang sesuai serta kaedah pengurusan tanaman yang sistematik.
Kehadiran Pengarah bersama pegawai dan kakitangan membuktikan komitmen berterusan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dalam memperkasa sektor agromakanan melalui pelaksanaan program pembangunan tanaman yang mampu meningkatkan produktiviti, memperluaskan pemindahan teknologi dan menyokong agenda keterjaminan makanan negara.