UNGU   BIRU   HIJAU      
A- A A+
faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Bahagian Kawalan Racun Perosak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan sebuah bahagian teknikal yang bertanggungjawab dalam melaksana dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Bahagian ini terlibat di dalam mengawal mutu, keberkesanan dan kesan negatif racun makhluk perosak yang diimport dan dikilang di negara ini melalui skim pendaftaran. Manakala permit import digunakan bagi racun makhluk perosak tidak berdaftar bagi tujuan pelajaran dan penyelidikan. Premis-premis yang terlibat dengan aktiviti penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak pula dikawal melalui pelesenan premis.
 

Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam mengawal pengendalian dan pengunaan racun makhluk perosak, mengawal penggunaan racun makhluk perosak amat berbisa serta mengawal pelabelan dan pengiklanan sesuatu racun makhluk perosak. Hasil daripada aktiviti pendaftaran racun makhluk perosak bahagian ini bertanggungjawab menjalankan aktiviti selepas pendaftaran yang melibatkan penguatkuasaan, pengesanan residu racun makhluk perosak dalam hasil tanaman dan alam sekitar. Selain itu, bahagian ini bertindak sebagai agensi penyelaras dalam hal-hal berkaitan racun makhluk perosak diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
 
 
  • Kemaskini Terakhir :Sunday 19 March 2023, 08:27:11.

Paparan terbaik menggunakan versi terkini Google Chrome dan Mozilla Firefox

© Hakcipta Terpelihara 2019

Please publish modules in offcanvas position.

Statistik Tanaman Mengikut Kategori Untuk Dalam Projek dan Luar Projek Bagi Negeri Kelantan