UNGU   BIRU   HIJAU      
A- A A+
faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Bantuan Kerajaan Untuk Meringkankan Beban Para Petani?

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

 

 Majlis Penyerahan Insentif : Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) Peringkat Jajahan Pasir Puteh pada hari ini dirasmikan oleh YB. Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir sama, YBrs. Puan Hajah Norbahani Zakaria, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Majlis ini bertujuan sebagai menyalurkan bantuan kerajaan untuk meringankan beban para petani terlibat untuk menjalankan kerja-kerja pertanian seterusnya.

Telah diluluskan RM4,165,500.52 (2,671 orang petani) kepada negeri Kelantan melibatkan beberapa jajahan iaitu Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Kota Bharu, Bachok dan Machang melibatkan tanaman Tembikai, Padi, Cili dan Cendawan. Daripada jumlah tersebut, RM891,950.00 adalah di jajahan Pasir Puteh melibatkan 226 petani (201 orang penanam Tembikai dan 25 orang penanam Cili serta pengusaha Cendawan). Bencana yang telah melanda bermula 15-28 Februari 2022 sedikit sebanyak memberi kesan dan kerugian hasil kepada para petani dan kebanyakan kawasan yang terlibat di Jajahan Pasir Puteh adalah tanaman Tembikai. Bantuan insentif Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) adalah ekoran daripada berlakunya bencana pada 15-28 Februari 2022 yang lepas. Semasa kejadian, YB EXCO telah sama-sama turun padang bersama Jabatan Pertanian bagi memberi taklimat tatacara permohonan bantuan insentif ini. Insentif adalah dalam bentuk input pertanian seperti baja, plastik penutup batas, benih, peralatan mesin pertanian serta kerja-kerja infrastruktur di ladang. Hari ini kita akan agihkan insentif tersebut kepada para petani yang terlibat untuk membantu meringankan beban untuk terus bertanam pada musim seterusnya. Walaubagaimanapun, sebahagian input masih lagi didalam proses pembelian oleh pihak Jabatan Pertanian dan akan diagihkan dalam masa terdekat. Diharapkan degan bantuan khas insentif ini, mereka dapat mengaktifkan kembali aktiviti pertanian.
  • Kemaskini Terakhir :Sunday 19 March 2023, 08:27:11.

Paparan terbaik menggunakan versi terkini Google Chrome dan Mozilla Firefox

© Hakcipta Terpelihara 2019

Please publish modules in offcanvas position.

Statistik Tanaman Mengikut Kategori Untuk Dalam Projek dan Luar Projek Bagi Negeri Kelantan