Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
               
A- A A+
faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam bahagian kejuruteraan pertanian ialah :

1. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam penyediaan pelan rekabentuk insfrastruktur ladang.

2. Memberi khidmat nasihat dan penyediaan pelan rekabentuk sistem pengairan ladang dan fertigasi.

3. Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan mesin pemprosesan makanan (industri asas tani)

4. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan mekanisasi ladang.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam bahagian pengurusan dan sumber tanah ialah :

1. Langkah-langkah pemuliharaan tanah di kawasan bercerun,cara mengatasinya ialah dengan tanaman vertiver atau menggunakan guni pasir.

2. Menjalankan analisis makmal bagi mendapatkan maklumat berkaitan baja,tanah,daun dan air dalam bidang pertanian.

3. Khidmat kesuburan tanah dan pembajaan pelbagai jenis tanaman.

4. Pemeriksaan tanah untuk menentukan siri/jenis dan kesesuaian tanah untuk tanaman.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Fungsi-fungsi yang terdapat di bahagian Biosekuriti Tumbuhan ialah :

1. Memberi khidmat diagnostik dan kepakaran tentang perosak tanaman.

2. Menjalankan kerja-kerja pengawasan dan ramalan bagi mengawal serangan untuk mengurangkan kerugian hasil tanaman disebabkan oleh perosak tanaman.

3. Mengadakan demonstrasi kawalan penyakit tanaman.

4. Menyediakan perkhidmatan pengeluaran permit import untuk membawa masuk bahan tanaman dan hasil pertanian dari luar negara.

5. Menyediakan perkhidmatan pengeluaran sijil fitosatinasi untuk tujuan eksport.

6. Mengawal pergerakan keluar bahan tumbuhan atau janaplasma yang bernilai dan berkepentingan kepada negara melalui pengeluaran lesen eksport dan permit 'cites'  bagi spesis tumbuhan yang terancam pupus.

7. Memanfaatkan penggunaan organisma-organisma berfaedah dalam bidang pertanian dengan membangunkan dan memajukan projek-projek seperti burung pungguk jelapang dan cacing.

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Fungsi-fungsi yang terdapat di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) ialah :

1. Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanamna industri, dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi maklumat dasar pertanian negara.

2. Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi dan komoditi berpotensi serta florikultur.

3. Meningkatkan kemahiran agen pembangunan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri,komoditi berpotensi serta florikultur melalui latihan teknikal.

4. Memberi perkhidmatan perundingan,sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang.

5. Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman.

6. Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Fungsi-fungsi yang terdapat di bahagian hortikultur ialah :

1. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang agronomi tanaman sayuran, tanaman ladang dan buah-buahan.

2. Memberi latihan secara hands on bagi penyediaan baja organik.

3. Membimbing petani dalam pengamalan pertanan secara organik.

  • Kemaskini Terakhir :Monday 24 August 2020, 07:08:22.

Paparan terbaik menggunakan versi terkini Google Chrome dan Mozilla Firefox

© Hakcipta Terpelihara 2019

Please publish modules in offcanvas position.